***TIPS MENGHAFAL AL-QURAN VERSI MUDAH***
insyaALLAH mari sama-sama menggunakan pinjaman ALLAH ini dengan sebaik-baiknya...
Andai disoal dalam kubur "apa yang kita lakukan dengan nikmat sihat",
maka insyaALLAH dengan bantuan ALLAH jasad kita akan menjadi
pelindung menjawab segala persoalan malaikat munkar dan nakir...
1.DOA PEMBUKA
--- > Doa adalah perkara utama yang wajib dilakukan seorang penghafaz al-quran,
sebabnya kita sedang berbicara dengan kalam ALLAH.
Berdoalah walaupun dengan hanya al-fatihah...tapi di sini ana kongsikan doa hafazan yang khusus...
Sebagai pembuka..:
( i ) istighfar (7x)
( ii )selawat ke atas baginda rasulullah (7x)
(iii)inna nahnu nazzalna.......(surah al-hijr-ayat 9) (7x)
(iv) al-fatihah
2.MULA DENGAN MEMBACA SATU LEMBARAN.
--- > Baca secara berulang-ulang.Baca,bukan menghafal....
Banyak hikmahnya,selain daripada kaedah mudah mengingat,
ia juga merupakan fokus utama untuk mengelak kesalahan tajwid
disamping memudahkan kita mengingat kedudukan ayat apabila kita mula menghafal nanti..
.kadar bacaan yang diperlukan adalah 20 kali dan ke atas..
Pastikan tidak kurang daripada 20 kali..Ulangan peringatan,hanya membaca iaitu
dengan meneliti ayat,kalimah dan baris.Permulaannya nampak susah,
tapi sesiapa yang mencuba insyaALLAH senang.WALLAHUA'LAM
3.MULA DENGAN MENGHAFAL SATU LEMBARAN.
--- > Bermula dengan langkah menghafal ayat pertama.
Ulang ayat tersebut sebanyak 20 dan lebih.Kalau dah boleh,
teruskan dengan menghafal ayat kedua,juga dengan cara yang sama iaitu mengulang sebanyak 20 kali dan lebih.Kemudian ulang menghafal ayat pertama dan
disambung dengan ayat kedua(tanpa melihat mushaf).
Kemudian sambung hafalan dengan ayat ketiga,
ulang 20 kali dan lebih.Mula semuala hafalan daripada
ayat pertama hingga ayat ketiga hingga lancar sambungan dari ayat ke ayat..Sama dengan ayat seterusnya....WALLAHUA'LAM.
4.SESUDAH MENGHAFAL SATU LEMBARAN.
--- >Sebaik habis menghafal dari atas hingga ke bawah,
ulang semula menghafal satu lembaran tanpa melihat alquran.
Ulang dan ulang dan pastikan hafalan tersebut lancar.
Pastikan kepala ayat dan ayat paling bawah kekal diutamakan mengingat
supaya tidak keliru jika berpindah ke lembaran seterusnya...
5.DOA PENUTUP
--- > Sebagai penutup kepada hafalan baru ada doanya yang khusus.
Doa penutup kepada hafalan al-quran banyak tapi antara yang paling senang adalah dengan membaca "allahummar hamna bil quran,waj'al hulana imaman wa nuuran wa hudan wa rahmah........
doa ini insyaALLAH memang lazim didengar dalam bentuk lagu
ketika berakhirnya majlis-majlis alquran,cari di google insyaALLAH jumpa..WALLAHUA'LAM.
5.TASMIK.
--- > Pelajar yang memang menghafal al-quran tasmik
dengan guru pentasmik masing-masing,lazimnya masa tasmik adalah waktu pagi
bagi penghafaz-penghafaz al-quran.Bagi yang bukan penghafaz al-quran,
anda sudah tentu mempunyai kekangan masa disebabkan kerja lain..
Oleh itu sarankan cari waktu yang sedikit lapang sekitar
1-3 jam untuk memulakan hafalan anda.
waktu terbaik adalah sebelum masuk waktu subuh dan waktu malam
selepas mghrib dan selepas isyak.Kemudian cari sesiapa saja yang anda
rasa berkebolehan dalam tajwid bagi memperdengarkan hafalan anda.
Apabila menghafal,kita wajib mentasmik hafalan kita kerana ini adalah
satu kewajipan dalam menghafal al-quran sebagai bukti kita ingat ayat
tersebut walaupun ada orang lain sedang mendengar.
ALHAMDULILLAH,INI ADALAH SEBAHAGIAN CARA
YANG MUDAH UNTUK DIPRAKTIKKAN OLEH SESIAPA SAHAJA.
ALLAH ITU DEKAT DENGAN ORANG YANG SELALU BERDOA
KEPADANYA,MAKA SAMA-SAMALAH KITA BERDOA SUPAYA
DIPERMUDAHKAN ALLAH MENGHAFAL KALAMNYA...
NAK HAFAL AL-QURAN,BANYAK DUGAAN DAN CABARAN YANG AKAN DITEMPUHI..BERSABARLAH SAHABAT KESAYANGAN ALLAH..
SEMUANYA BERHIKMAH. (^_^)
*********************************************************************
WAKTU PALING SESUAI MULAKAN HAFALAN
--- > Pagi sebelum subuh,
--- >sedikit masa selepas subuh,
--- >malam selepas maghrib,
--- >selepas isyak
--- >selepas jam 12.00 malam.
WAKTU PALING SESUAI MENGULANG HAFALAN
--- > sebelum solat,dalam solat dan sesudah solat.
--- > selepas asar hingga menghampiri waktu senja.
--- > selepas jam 12.00 malam
--- > ketika menunggu masuk waktu pejabat,kelas,kuliah, dll
--- > ketika memasak,mengemas rumah
--- >ketika menunggu apa event...
PELBAGAI VARIASI UNTUK MENGULANG
--- >mp3
--->handset
--- > ingat kedudukan ayat
--- > dengan memahami makna ayat.
--- > tahriri (iaitu dengan kaedah penulisan,buktikan tahap
ingatan kita dengan mengulang secara menyalin semuala ayat al-quran ke dalam kertas.)
**UNTUK MUDAHKAN,CARI AL-QURAN TERJEMAH,
SO MUDAH DIBAWA KE MANA SAHAJA.
WALLAHUA'LAM,ALLAH JUA YANG LEBIH BERHAK
KE ATAS KITA..BAGI YANG SUDAH MENCUBA DAN MASIH
RASA SUSAH,DISARANKAN SUPAYA MEMULAKAN HAFAL
DENGAN MELETAKKAN TARGET HAFALAN.CONTOHNYA
"HARI INI AKU NAK TARGET HAFAL 5 AYAT UNTUK PAGI
DAN 5 AYAT UNTUK MALAM"...JADI APABILA DIKUMPULKAN
SUDAH MENJADI 10 AYAT..ALHAMDULILLAH..MOGA ALLAH
MUDAHKAN JALAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN ANTUM SEMUA,INSYAALLAH....
No comments:
Post a Comment